Monday, November 9, 2009

Update...lamanya tak update blog nie....

Salam pada visitor2 yang pernah dan sedang mengunjungi blog nie. Memang agak lama saya tak update blog nie. Almaklumlah bisnes sedang dimajukan tak banyak masa yang dapat diluangkan.

Ruang masa yang ada pun kalau free hanyalah untuk berehat. Alhamdulilah dah masuk 8 bulan perniagaan ni bermula kami masih gagah mengaharungi cabaran di dalam perniagaan pasar malam nie.

Semakin kuat cabaran yang kami hadapi..semakin kuat azam kami bahawa suatu hari nanti perniagaan ini akan dikenali ramai dan mungkin tidak keterlaluan akan melangkah ke peringkat lebih tinggi samada penjenamaan semula dan franchise atau ke perniagaan restaurant/cafe..Insyallah.


Sekarang boleh dikatakan perniagaan ini semakin stabil dengan hampir semua tapak pasar malam yang kami masuk sudah mendapat tapak tetap. Tidak perlu menumpang tapak orang lain atau terkejar-kejar merebut tapak yang kosong.

Perniagaan ini masih di jalankan dengan cara yang simple..menggunakan apa yang ada. Dalam perniagaan seperti ini anda tidak boleh terburu membeli pelbagai aset yang tidak perlu kerana kesinambungan modal pusingan dalam perniagaan nasi lemak ini lebih penting kerana dalam perniagaan seperti ini ada risikonya sendiri.

Apabila sesuatu terjadi seperti tiba-tiba jualan tidak habis atau hujan kadangkala masakan anda terpaksa dibuang begitu sahaja dan modal pusingan anda akan tergendalan disitu maka modal "backup" diperlukan untuk menampung akibat dari risiko yang disebut tadi.

Sekarang lagi lah selepas hari raya..musim tengkujuh dah bermula. Boleh dikatakan setiap petang akan turun hujan tidak kira renyai atau lebat. Kebanyakkan peniaga berdoa supaya hujan turun lebih awal dari waktu mula berniaga di sebelah petang atau selepas tutupnya pasar malam. Kadang jadi..kadang kena jugak hujan renyai berterusan dari mula berniaga hinggalah tutupnya pasar malam. Situasi nie yang memang sangat-sangat tidak digemari para peniaga. Tapi akan daya semua tu ketentuan Illahi..dia yang menjadikan semuanya, kita sebagai hamba hanya berdoa.

Perkhidmatan Kertas Kerja Pinjaman dan Percukaian
(dapatkan RP yang berkualiti dan layak dimohon ke MARA dan SMIDEC!)

Monday, April 20, 2009

Kisah Penjual Nasi Lemak Yang Berjaya...

Nasi lemak kukus Mohd. Hafiz laris

MOHD. Hafiz Abdul Hamid (kiri) bersama abang iparnya, Mohd. Fadlee Md. Rusdee dan kakaknya, Haslina Abdul Hamid menunjukkan nasi lemak kukus istimewa di gerai mereka di Padang Setol, Tawar, Baling, Kedah.

BALING 8 Mac - Nasi lemak memang sudah popular sebagai makanan warisan, namun jika makanan ini ada kelainan cara pembuatannya, tentulah ia lebih menarik dan memikat hati penggemarnya.

Namun, jika ada yang gemarkan kelainan pada nasi lemak kukus, mereka boleh mencubanya di sebuah gerai di tepi jalan raya Butterworth-Kulim-Baling, berdekatan Kampung Padang Setol, Tawar dekat sini.

Seorang anak muda berusia 25 tahun, Mohd. Hafiz Abdul Hamid mengusahakan nasi lemak kukus dengan lauk istimewa iaitu ayam goreng berempah yang menjadi 'kegilaan' penggemarnya setiap kali mereka singgah di gerai tersebut.

Dengan dibantu ibunya, Zainab Hassan, 54, kakaknya, Haslina, 27 dan abang iparnya, Mohd. Fadlee Md. Rusdee, 27, gerai yang beroperasi dari pukul 6 petang hingga 1 pagi itu turut menyediakan lauk-pauk lain termasuk ikan keli bakar, sambal sotong, udang, daging dan ikan bilis.

Mohd. Hafiz yang memulakan perniagaan sejak lima tahun lalu itu memberitahu, kebanyakan pelanggannya ialah pengguna jalan raya tersebut yang menghubungkan antara Pulau Pinang dan Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu selain pelanggan di sekitar kawasan berkenaan.

"Kebanyakan pelanggan yang pernah singgah akan datang semula jika mereka melalui jalan ini untuk menikmati nasi kukus ini," katanya.

Anak keempat daripada 11 beradik itu mempelajari kaedah membuat nasi lemak kukus istimewa itu semasa bekerja sebagai pembantu kedai bapa saudaranya di Kuala Lumpur sebelum ini.

Menurutnya semasa memulakan perniagaan, dia berasa cukup sukar untuk menarik pelanggan.

Bagaimanapun, katanya, aroma nasi lemak kukus tersebut sudah cukup untuk membuatkan pelanggan begitu tertarik merasai keenakan hasil usaha anak muda itu bersama keluarganya.

Mohd. Hafiz berkata, nasi lemak kukus yang dihasilkan itu bukan sahaja popular dalam kalangan masyarakat Melayu, malah kini telah mendapat sambutan daripada golongan bukan Melayu.

Selain keenakannya, nasi lemak kukus istimewa itu dijual dengan harga berpatutan iaitu antara RM2.50 sehingga RM5, bergantung kepada jenis lauk.

Kebiasaannya, pelanggan akan memilih lebih daripada dua jenis lauk kerana mereka sudah biasa dengan cita rasa daripada menu yang terdapat di gerai tersebut.-www.utusan.com.my

Perkhidmatan Kertas Kerja Pinjaman dan Percukaian
(dapatkan RP yang berkualiti dan layak dimohon ke MARA dan SMIDEC!)

Friday, April 17, 2009

Karnival Permotoran Bandar Seri Putra 12 April 2009



Pada Ahad yang lepas Bandar Seri Putra julung kalinya mengadakan Karnival Permotoran dengan mengadakan Pertandingan Auto Car Saloon BSP 2009. Sambutan dari peserta amat positif dengan mencatat 37 buah biji kereta yang bertanding.

sambungan...

Aku sibuk sket dengan pelbagai kerja samada offline atau online..tentang karnival nie boleh lah untuk first time di anjurkan..orang kata amatur lagi la...apa-apa pun tahniah la kepada Kelab Sukan Bandar Seri Putra yang menganjurkan karnival ini dan memberikan peluang untuk berniaga pada hari tersebut.
Perkhidmatan Kertas Kerja Pinjaman dan Percukaian
(dapatkan RP yang berkualiti dan layak dimohon ke MARA dan SMIDEC!)

Hari tu istimewa sikit kita orang jual bukan setakat nasi lemak kukus seperti biasa tetapi juga
Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah plus Gulai Kawah...slurpppp sodaappppp....menu nie juga adalah khas untuk menjamu Ahli jawatakuasa Kelab Sukan Bandar Seri Putra. Mendapat pujian yang positif nie......hehehehehe nie yang nak expand menu plak lepas nie!!! Nasi Kukus Ayam Dara+Gulai Kawah.....



Sunday, March 29, 2009

Strategi berniaga Pasar Malam...

Banner(1'x3') yang baru siap direka sendiri.
Dalam perniagaan pasar malam sama juga seperti perniagaan lain mempunyai beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan bagi menarik pelanggan. Antaranya adalah lokasi yang strategik. Kalau anda diberi tapak yang kurang sesuai pun boleh menjejaskan pendapatan anda. Kebiasaanya penganjur telah mengasingkan barisan tapak peniaga makanan,pakaian dan barang basah mengikut pecahan masing-masing.

Cuma masalahnya jikalau anda seorang peniaga makanan tapi diberi tapak dalam barisan peniaga pakaian atau barang basah kemungkinan besar perniagaan makanan anda akan terlindung dengan helaian pakaian yang mereka digantung!!!

Kemudiannya keceriaan gerai anda sendiri. Harus tersusun dan nampak kemas. Dinasihatkan meje lipat anda haruslah menggunakan alas plastik yang sesuai dan agak lebar supaya menutup ruang di bawah meja.

Sekurang-kurangnya kalau bersepah barang-barang kita pun takde lah pelanggan nampak sangat. Aspek kebersihan juga harus di jaga. Kalau untuk peniaga makanan di pasar malam salah satu syarat yang penganjur akan minta ialah suntikan thypoid dan juga sijil pengendalian makanan yang diiktiraf. Apron dan topi haruslah dipakai untuk nampak lebih kemas dan bersih.

Penggunaan banner atau bunting yang menarik juga boleh menjadi tarikan kerana pelanggan tak perlu jenguk-jenguk apa yang anda jual. Mereka dah tahu apabila terpandang banner perniagaan anda. Begitu juga dengan harga perlulah terang dan jelas boleh dibaca oleh pelanggan. Selain daripada itu antara yang paling penting dalam adat orang berniaga adalah diri kita sendiri.

Jangan jadi pak pacak membisu seribu bahasa dihadapan gerai. Berikan senyuman ikhlas kepada pelanggan walaupun mereka hanya datang menjenguk. Kalau boleh berikan segala jawapan kepada pertanyaan pelanggan jangan biarkan pelanggan tertunggu atau tertanya-tanya bila berurusan dengan kita.
Perkhidmatan Kertas Kerja Pinjaman dan Percukaian
(dapatkan RP yang berkualiti dan layak dimohon ke MARA dan SMIDEC!)

Akhir sekali pastikan anda membawa wang kecil untuk memudahkan pelanggan berurusan dengan kita. Jangan sesekali menyuruh pelanggan menukar wang kecil ditempat lain sebaliknya kita yang menyediakan secukupnya atau kita yang pergi menukar wang tersebut. Mungkin ada yang tak beberapa setuju..tetapi ingat satu dalam layanan kepada pelanggan "customer always right!..) walaupun tak betul kena lah tegur secara berhemah. Isnyallah rezeki anda akan lebih murah lagi.